RMAF Pilots Undergoing Flight Training in South Korea
SHAH ALAM: Six RMAF pilots are currently undergoing flight training with their South Korean instructor pilots in preparation to operate the Korean Aerospace Industries FA-50M Light Combat Aircraft (LCA).
The 15-week training programme which started from January 26 to May 8 at the Republic of Korean Air Force (ROKAF) 16th Wing, involved ground school, flight simulator and actual flight with the T-50 aircraft, RMAF said in a release today.
After completing the training on the T-50 aircraft, the RMAF pilots will conduct further Lead-in Fighter Training on the TA-50 Block 2 aircraft. The Block 2 is the closest ROKAF aircraft to the more advanced FA-50M.
The release from RMAF:
JURUTERBANG TUDM MENGIKUTI LATIHAN BERSAMA ROKAF, PERSEDIAAN MENGOPERASIKAN PESAWAT FA-50M
Seramai enam juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalani latihan penerbangan pesawat T-50/TA-50 bersama Republic of Korea Air Force (ROKAF) di Republik Korea sebagai sebahagian daripada persediaan pengoperasian pesawat FA-50M Light Combat Aircraft (LCA) yang bakal memasuki inventori TUDM.
Program latihan telah dilaksanakan selama kira-kira 15 minggu bermula 26 Januari hingga 8 Mei di 16th Fighter Wing ROKAF, melibatkan latihan ground school, sesi simulator serta latihan penerbangan sebenar. Sepanjang tempoh latihan, juruterbang TUDM mempelajari secara mendalam sistem pesawat keluarga T-50 melalui kelas teori sebelum menjalani 18 sesi simulator dalam persekitaran latihan yang realistik.
Selain itu, juruterbang turut melaksanakan 13 sortie penerbangan latihan yang merangkumi latihan manuver udara, penerbangan instrumen, penerbangan formasi serta operasi penerbangan malam bagi membina kemahiran penerbangan taktikal secara menyeluruh pesawat tersebut.
Program latihan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kemahiran penerbangan pesawat jenis tersebut, malah turut menekankan pembangunan keupayaan operasi taktikal yang diperlukan bagi pesawat FA-50M yang berperanan sebagai pesawat Light Combat Aircraft (LCA). Melalui bimbingan juruterbang ROKAF yang berpengalaman, juruterbang TUDM turut didedahkan kepada prosedur operasi serta doktrin penerbangan taktikal yang dilaksanakan oleh ROKAF.
Selepas menamatkan latihan pesawat T-50, juruterbang TUDM akan meneruskan latihan Lead-In Fighter Training (LIFT) di 1st Fighter Wing ROKAF menggunakan pesawat TA-50 Block 2. Latihan ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran tempur termasuk latihan udara ke udara dan udara ke darat dalam persekitaran latihan yang lebih kompleks dan realistik.
Perolehan pesawat FA-50M ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan pelan pembangunan keupayaan jangka panjang atau Capability Development Plan 2055 (CAP55) Fasa 1 TUDM bagi memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara. Pada tahun 2023, Kementerian Pertahanan Malaysia telah memeterai kontrak dengan Korea Aerospace Industries (KAI) bagi perolehan 18 buah pesawat FA-50M LCA/FLIT untuk kegunaan TUDM. TUDM dijangka menerima dua buah pesawat pertama pada Oktober 2026, manakala selebihnya akan diterima secara berperingkat.
Pesawat FA-50M ini akan berperanan dalam melaksanakan pelbagai misi termasuk pertahanan udara, latihan juruterbang pejuang, pengawasan serta operasi serangan, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi TUDM.
Melalui program latihan bersama ROKAF ini, juruterbang TUDM bukan sahaja memperoleh kemahiran pengendalian pesawat baharu, malah turut mempelajari sistem latihan serta pengalaman operasi yang telah dibangunkan oleh Korea Selatan selama beberapa dekad.
Apabila kesemua latihan ini selesai, para juruterbang TUDM akan kembali ke tanah air dengan kepakaran baharu bagi mengoperasikan pesawat FA-50M, sekali gus menyokong usaha pemodenan TUDM selaras dengan aspirasi CAP55 dalam memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
— Malaysian Defence
